12 December 2010

Baru Tahu!


Apa itu cream of tartar? Bagi sesiapa yang biasa membuat kek atau roti mesti dah kenal bahan ni. Cream of tartar ni ialah sejenis bahan penaik yang biasa digunakan dalam pembuatan roti atau kek supaya adunan bertambah volumnye dan kembang. Setelah diteliti, rupa-rupanya cream of tartar tidak boleh digunakan bagi orang islam. Sumber daripada halalguide.info menyatakan seperti berikut:

"Cream of tartar sebetulnya adalah garam potasium dari asid tartarat yang diperoleh sebagai hasil samping (hasil ikutan) industri wine (sejenis minuman keras), itu sebabnya mengapa bahan ini tidak boleh digunakan oleh umat Islam."

Macam mana ni? Kalau dalam resipi suruh guna cream of tartar nak buat macam mana?
Jangan risau, cream of tartar ni hanyalah salah satu dari jenis-jenis bahan penaik yang lain yang fungsinya sama. Kita boleh guna bahan penaik lain yang disahkan HALAL seperti cake improver atau bread improver. Boleh juga guna baking powder atau soda bikarbonat.

06 December 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah


Selamat menyambut tahun baru kepada semua umat islam di seluruh dunia. Semoga tahun ini akan terus memberi nilai yang penuh makna buat kita. Dengan bertambahnya tahun demi tahun diharapkan dapat menjadikan kita hamba Allah yang bertambah kuat dan teguh iman. Setiap hari yang berlalu mengajar kita erti kehidupan. Kehidupan yang sebenar ialah kehidupan bersama Allah s.w.t. Semoga hari yang lalu memberi pengajaran kepada kita untuk terus meningkatkan prestasi dunia dan akhirat. InsyaAllah..sama-sama kita doakan.

04 December 2010

Kenapa kek tak jadi?

Kek tak jadi??? Kenapa jadi begini?

Kat bawah ni ada list sebab-sebab kenapa kek yang kita buat rosak or tak cantik. Jadi, siapa yang suke buat kek tapi tak pernah jadi boleh la cek balik ape sebabnya. 

Bantat:
* Tepung terlalu sedikit
* Terlebih air
* Kurang bahan penaik
* Oven panas sangat

Bentuk tak sekata:
* Gaul kek tak sebati
* Suhu oven tak sekata

Merekah:
* Terlebih tepung
* Air terlalu sedikit
* Oven panas sangat

Hancur:
*Terlebih bahan penaik
* Terlalu banyak shortening
*Terlalu banyak gula

03 December 2010

Di mana kita?


Assalamualaikum..
Selamat pagi, selamat petang dan selamat malam..
Kak Engku nak ambil kesempatan dan peluang berblogging ni untuk berkongsi luahan hati Kak Engku. Di samping berkongsi ilmu dari dapur, tak salah pun Kak Engku nak berdiskusi sikit tentang kita sebagai hamba Allah. 

Bila merenung dan melihat kembali kekuasaan dan kebesaran Allah, Kak Engku rasa adakah Allah pandang kita dengan amalan-amalan di dunia yang terlalu sedikit ni. Allah dah banyak memberi petunjuk dan tips untuk kita terus mengingatiNya. Tapi sayang, fikiran kita hanyalah tentang urusan dan kesibukan dunia. Hinggakan waktu solat pun fikiran kita masih melayang-layang tentang urusan dunia. Astaghfirullah..hilanglah khusyuk solat kita. Bila kita benar-benar mengingati Allah? Ketika sedih, sakit, menderita? Dan bila senang dan gembira bagaimana ye? Dan sungguh, ujian yang datang kat kita sebenarnya memang tanda Allah masih ingat dan sayang kita. Sebab manusia ni memang mudah lupa diri bila dalam kesenangan. 

Ya Allah, aku terus mengharapkan pengakhiran hidupku ketika aku beramal soleh dan sujud kepadaMu. Hadiahkanlah kasihMu kepadaku dan kurniakan rasa rindu dan cintaku kepadaMu setiap detik hidupku. Suatu hari nanti aku akan kembali kepadaMu..

Sahabatku, kembalilah mengingati Allah..

02 December 2010

Chocolate Balls

*gambar sekadar hiasan


Chocolate Balls

Ingredients:
400 g Leftover cake crumb
250 g Cooking chocolate (A) – melted with cooking oil
300 g Cooking oil
40 g Chocolate rice
80 g Cooking chocolate (B) – melted with melted butter
35 g Butter (melted)

Methods:
1.       Break up the cake crumbs.
2.       Add melted chocolate (A) to the cake crumbs. Continue to mix using the whisk until dough is form.
3.       Squeeze out the excess oil.
4.       Shape it into thumb-sized chocolate ball.
5.       Put the chocolate ball into chocolate (B) and place in small paper cups.
6.       Scatter chocolate rice over the coated chocolate ball and chill quickly.

24 November 2010

Moist Chocolate Cake

*gambar sekadar hiasan

Bahan-bahan:
170 g Tepung serbaguna
43 g Serbuk koko
5 g baking soda
3 g baking powder
115 g Butter
225 g Gula kastor
2 biji Telur
5 ml Esen vanilla
240 ml air
Secubit garam

Cara membuat:
1. Panaskan oven terlebih dahulu (310 F)
2. Ayak tepung, serbuk koko, soda, baking powder. Ketepikan.
3.Dalam bekas yang lain, putar butter dan gula. Masukkan telur satu-persatu seterusnya vanilla.
4. Masukkan tepung dan kaup balik sehingga sebati.
5. Bakar selama 30-35 minit. (Bergantung kepada kek)

* Kalau nak tahu cara nak buat chocolate ganache, jom datang rumah kak engku!

23 November 2010

Coleslow


Coleslow

Bahan-bahan:
40 ml Mayonis
60 g Kobis
25 g Lobak Merah
Garam dan lada sulah secukupnya

Cara membuat:
1. Campur je semuanya. Perasakan dengan garam dan lada sulah kemudian gaul sebati.
~Seeloknya disimpan sejuk dulu sebelum dihidang~

Chicken Chop with Mushroom Sauce


Chiken Chop (portion: 2)

Bahan-bahan:
2 pcs Chicken leg & drumstick - dibuang tulang
400 ml Minyak (untuk goreng)
100 g Breadcrumb
80 g Tepung
1 biji Telur (campur dengan 1/3 cawan air)
Garam dan lada sulah secukupnya

Cara membuat:
1. Perasakan ayam dengan sedikit garam dan lada sulah.
2. Ratakan ayam dengan tepung, celup dalam telur dan ratakan dengan breadcrumb.
3. Terus goreng sehingga warna keemasan.

Sos Cendawan:

Bahan-bahan:
350 ml Demi-glace (sos perang)
60 g Cendawan butang (dihiris nipis)
15 g Butter
20 g Whip cream (dairy)
Garam secukupnya.

Cara membuat:
1. Tumis cendawan dengan butter.
2. Masukkan demi-glace, whip cream dan perasakan dengan garam secukupnya.



18 November 2010

Langkah pertama Silver Spoon



Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, syukur sangat sebab diberi peluang sekali lagi untuk berblog dan berkongsi ilmu dari dapur dengan semua. Sebelum ni, Kak Engku create Kuali Emas. Tapi sayang blog tetiba hilang. Penat-penat Kak Engku buat. Tapi takpe, yang kedua itu lebih baik. InsyaAllah..

Sempena hari raya korban ni, Kak Engku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Nampak gayanya hari-hari berhidangkan daging lembu la. Kak Engku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dengan rezeki yang berlimpah ruah telah Allah kurniakan. Tapi kena ingat jugak, jangan berlebihan makan daging tu. Bertimbun la lemak dalam badan nanti. Makanlah berpada-pada..

Dengan izin Allah, lepas ni Kak Engku akan update blog ni dengan resepi-resepi istimewa untuk dikongsi. Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada semua. 

Akhir kata dari Kak Engku, makanan menjadikan siapa kita. Pilihlah makanan yang terbaik untuk diri kita. Makanan yang suci juga melahirkan hati yang suci. InsyaAllah..