18 November 2010

Langkah pertama Silver Spoon



Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, syukur sangat sebab diberi peluang sekali lagi untuk berblog dan berkongsi ilmu dari dapur dengan semua. Sebelum ni, Kak Engku create Kuali Emas. Tapi sayang blog tetiba hilang. Penat-penat Kak Engku buat. Tapi takpe, yang kedua itu lebih baik. InsyaAllah..

Sempena hari raya korban ni, Kak Engku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Nampak gayanya hari-hari berhidangkan daging lembu la. Kak Engku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dengan rezeki yang berlimpah ruah telah Allah kurniakan. Tapi kena ingat jugak, jangan berlebihan makan daging tu. Bertimbun la lemak dalam badan nanti. Makanlah berpada-pada..

Dengan izin Allah, lepas ni Kak Engku akan update blog ni dengan resepi-resepi istimewa untuk dikongsi. Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada semua. 

Akhir kata dari Kak Engku, makanan menjadikan siapa kita. Pilihlah makanan yang terbaik untuk diri kita. Makanan yang suci juga melahirkan hati yang suci. InsyaAllah..

2 comments:

Anonymous said...

bgs e ade blog resepi nih...
leh belajar wat ni...

Silver Spoon said...

hurm..sape nk blaja dipersilakan. kalo ada apa nk kongsi kite kongsi ya!