24 November 2010

Moist Chocolate Cake

*gambar sekadar hiasan

Bahan-bahan:
170 g Tepung serbaguna
43 g Serbuk koko
5 g baking soda
3 g baking powder
115 g Butter
225 g Gula kastor
2 biji Telur
5 ml Esen vanilla
240 ml air
Secubit garam

Cara membuat:
1. Panaskan oven terlebih dahulu (310 F)
2. Ayak tepung, serbuk koko, soda, baking powder. Ketepikan.
3.Dalam bekas yang lain, putar butter dan gula. Masukkan telur satu-persatu seterusnya vanilla.
4. Masukkan tepung dan kaup balik sehingga sebati.
5. Bakar selama 30-35 minit. (Bergantung kepada kek)

* Kalau nak tahu cara nak buat chocolate ganache, jom datang rumah kak engku!

23 November 2010

Coleslow


Coleslow

Bahan-bahan:
40 ml Mayonis
60 g Kobis
25 g Lobak Merah
Garam dan lada sulah secukupnya

Cara membuat:
1. Campur je semuanya. Perasakan dengan garam dan lada sulah kemudian gaul sebati.
~Seeloknya disimpan sejuk dulu sebelum dihidang~

Chicken Chop with Mushroom Sauce


Chiken Chop (portion: 2)

Bahan-bahan:
2 pcs Chicken leg & drumstick - dibuang tulang
400 ml Minyak (untuk goreng)
100 g Breadcrumb
80 g Tepung
1 biji Telur (campur dengan 1/3 cawan air)
Garam dan lada sulah secukupnya

Cara membuat:
1. Perasakan ayam dengan sedikit garam dan lada sulah.
2. Ratakan ayam dengan tepung, celup dalam telur dan ratakan dengan breadcrumb.
3. Terus goreng sehingga warna keemasan.

Sos Cendawan:

Bahan-bahan:
350 ml Demi-glace (sos perang)
60 g Cendawan butang (dihiris nipis)
15 g Butter
20 g Whip cream (dairy)
Garam secukupnya.

Cara membuat:
1. Tumis cendawan dengan butter.
2. Masukkan demi-glace, whip cream dan perasakan dengan garam secukupnya.



18 November 2010

Langkah pertama Silver Spoon



Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, syukur sangat sebab diberi peluang sekali lagi untuk berblog dan berkongsi ilmu dari dapur dengan semua. Sebelum ni, Kak Engku create Kuali Emas. Tapi sayang blog tetiba hilang. Penat-penat Kak Engku buat. Tapi takpe, yang kedua itu lebih baik. InsyaAllah..

Sempena hari raya korban ni, Kak Engku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Nampak gayanya hari-hari berhidangkan daging lembu la. Kak Engku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dengan rezeki yang berlimpah ruah telah Allah kurniakan. Tapi kena ingat jugak, jangan berlebihan makan daging tu. Bertimbun la lemak dalam badan nanti. Makanlah berpada-pada..

Dengan izin Allah, lepas ni Kak Engku akan update blog ni dengan resepi-resepi istimewa untuk dikongsi. Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada semua. 

Akhir kata dari Kak Engku, makanan menjadikan siapa kita. Pilihlah makanan yang terbaik untuk diri kita. Makanan yang suci juga melahirkan hati yang suci. InsyaAllah..